Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua’laikum wbt..
Lame rasenye xm’buke blog sendiri,apatah lgi org lain nak m’bacenya.Jiwa nie m’jadi smkn letih n lesu,seolah2 xb’maya krna kurangnya mujahadah n tarbiah dlm jiwa ini.Susah nk mulakan semule penulisan ini setelah lame m’ninggalkannya,namun digagahi juga tangan n dikerahnya jg otak ini supaya m’hdpkan kembali blog ini.Alhamdulillah,dgn izinNya n pertolongan driNya serta kudrat n iradatNya dpt jgk m’nulis sesuatu utk p’ingatan dri sendiri n sahabat2 semue..
Hari nie t’gerak hati nk b’kongsi sdkt kisah tntg Nabi yg plg sabar,iaitu Nabi Ayyub.Sebagaimane Firman Allah swt :
"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)
Syaitan b’usaha menggoda Nabi Ayyub dgn b’macam2 cara,akan tetapi Nabi Ayub adalah seorang Nabi di mana hatinya dipenuhi dengan ketulusan dan cinta kepada Allah s.w.t sehingga syaitan tidak mungkin mendapatkan jalan untuk mengganggunya.
Antara usaha2 yg syaitan lakukan utk m’goda Nabi Ayyub adalah dgn m’hancurkan segala tanaman baginda sehingga hidup baginda berubah dari seorang yg kaya kpd kefakiran,namun baginda tetap b’syukur kerana Dialah yg m’beri nikmat dan Dia jualah yg berhak m’narik nikmat itu kembali sehingga tercengang iblis melihatkannya.
Kemudian syaitan b’usaha lagi menggodanya,dgn m’goncang rumah Nabi Ayyub sehingga t’bunuh anak2nya.Dalam keadaan demikian, Nabi Ayub berdialog kepada Tuhannya dan menyeru: "Allah memberi dan Allah mengambil. Maka bagi-Nya pujian saat Dia memberi dan mengambil, saat Dia murka dan redha, saat Dia mendatangkan manfaat dan mudarat. Kemudian Ayub pun sujud dan iblis lagi-lagi tampak tercengang dan merasa malu.
Namun,syaitan masih lagi xb’putus asa lalu memukul tubuh Nabi Ayub dari kepalanya sampai kakinya sehingga Nabi Ayub sakit kulit di mana tubuhnya membusuk dan mengeluarkan nanah, bahkan keluarganya dan sahabat-sahabatnya meninggalkannya kecuali isterinya. Namun lagi-lagi Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Beliau memuji-Nya pada hari- hari kesehatannya dan ia tetap memuji Allah s.w.t saat mendapatkan ujian sakit. Dalam dua keadaan itu, Nabi Ayub tetap bersabar dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Manakala usaha syaitan yg t’akhir adalah dgn menggoda isteri Nabi Ayyub sehingga baginda m’arahkan isterinya pergi m’ninggalkannya bersendirian kerana baginda malu utk m’minta kpd Allah supaya m’lepaskan penderitaannya kerana terlalu bnyk nikmat yg Allah berikan kpdnya pd masa lalu b’banding penderitaan yg dialaminya pd ketika itu.Dan baginda tetap bersabar dgn penderitaan yg dialaminya itu bersendirian.
Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah s.w.t dalam keadaan penuh kasih sayang dan meminta belas kasih kepada-Nya. Beliau berdoa agar Allah s.w.t menyembuhkannya. Dan akhirnya, doanya dikabulkan oleh Allah s.w.t. Demikianlah riwayat yang popular berkenaan dengan penderitaan Nabi Ayub dan kesabarannya.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah kisah) Ayub ketika ia menyeru Tuhannya: ('Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.' Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalian keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. al-Anbiya': 83-84)
Sumber : http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/kisahnabiayubas.htm











